Pusat fisioterapi swasta terbesar di Banting dibuka

Pusat fisioterapi swasta terbesar di Banting dibuka

Fisioterapi Banting
V. Papparaidu (kanan) menyaksikan penyampaian cenderahati oleh Muhsin Ramli (kiri) kepada Orang Besar Daerah Kuala Langat, Tengku Datuk Mohamed Tengku Harun pada Majlis Perasmian An-Nur Physio & Wellness dekat Banting, di Kuala Langat, Selangor, hari ini. - UTUSAN / ABDUL RAZAK IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LANGAT: Sebuah pusat fisioterapi baharu dibuka di daerah ini bagi menampung permintaan terhadap keperluan rawatan itu selain mengurangkan kebergantungan kepada kepada fasiliti di Hospital Banting.

Inisiatif daripada Poliklinik An Nur Banting itu merupakan cawangannya yang terbesar turut menawarkan rawatan kesuburan bagi lelaki dan wanita.

Menurut Pengarah Urusan Zafarna Healthcare Sdn. Bhd, Muhsin Ramli, dengan pembukaan cawangannya itu, turut memberi peluang kepada penduduk di sana untuk mendapatkan rawatan tanpa perlu pergi ke Kuala Lumpur atau Shah Alam.

“Kemudahan disediakan setaraf di pusat-pusat fisioterapi utama seperti di Kuala Lumpur dan Shah Alam. Konsep rawatan kami adalah menawarkan rawatan premium dengan peralatan yang canggih pada harga berpatutan untuk warga Kuala Langat.

“Justeru, sebagai inisiatif untuk membangunkan perkhidmatan kesihatan berkualiti, kami menubuhkan pusat fisioterapi, penjagaan kesihatan, rawatan kesuburan untuk lelaki dan wanita swasta yang terbesar di daerah ini,” katanya pada Majlis Perasmian An-Nur Physio & Wellness, hari ini.

Sementara itu, Exco Sumber Manusia & Pembasmian Kemiskinan, V. Papparaidu yang turut hadir dalam majlis tersebut memberitahu, pusat fisioterapi tersebut mampu menyokong sistem perubatan dan kesihatan dalam komuniti dengan lebih komprehensif.

“Hari ini kita meraikan pembukaan rasmi pusat fisioterapi terbesar swasta di Bandar Banting. Pusat fisioterapi ini mampu merawat penyakit akibat kecederaan fizikal mahu pun akibat proses penuaan.

“Kewujudan pusat fisioterapi sebegini mampu merawat penyakit seperti sendi lutut dan tulang belakang.Faktor usia boleh mempengaruhi penyakit sebegini, justeru pusat fisioterapi ini amat dialu-alukan,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Banting itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya