PGA rampas pokok kesinai merah, bromeliad seludup dari Thailand

PGA rampas pokok kesinai merah, bromeliad seludup dari Thailand

SEBAHAGIAN pokok yang dirampas oleh PGA selepas menahan sebuah lori di Kampung Jakar, Jalan Pasir Mas, Pasir Mas, Kelantan semalam-IHSAN PGA.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR MAS: Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas 70 pokok kesinai merah dan 20 pokok bromeliad yang diseludup dari Thailand selepas menahan sebuah lori di Kampung Jakar,Jalan Pasir Mas di sini kelmarin.

Rampasan bernilai RM156,000 termasuk lori itu dilakukan Op Taring Wawasan Kelantan pada pukul 9.20 malam.

Komander Briged Tenggara Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, semasa ditahan lelaki berusia 25 yang merupakan pemandu lori tersebut gagal mengemukakan sebarang dokumen berkaitan tanaman tersebut.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut mendapati pokok kesinai merah dan bromeliad itu disyaki mempunyai serangga perosak dan penyakit.

“Suspek dan barang rampasan diserahkan kepada Jabatan Pertanian Kelantan untuk tindakan selanjutnya.

“Kes disiasat dibawah Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 (Akta167) Seksyen 5,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Nik Ros Azhan memberitahu, PGA akan mempertingkatkan lagi rondaan dalam membendung aktiviti penyeludupan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN