GAZA: Ratusan ribu rakyat Palestin di Gaza hanya mampu makan sekali setiap dua hingga tiga hari berikutan kekurangan bekalan makanan akibat sekatan berterusan tentera Israel. Jurucakap Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA), Adnan Abu Hasna berkata, lebih 66,000 kanak-kanak di Gaza mengalami kekurangan zat makanan yang serius. Sejak 2 Mac, Israel menutup sepenuhnya semua laluan ke Gaza, menghalang kemasukan makanan, ubat-ubatan dan bantuan penting lain,…