Pendaki AS maut di puncak kelima tertinggi dunia

Pendaki AS maut di puncak kelima tertinggi dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KATHMANDU: Seorang pendaki dari Amerika Syarikat (AS) maut di Gunung Makalu di timur Nepal ketika melakukan pendakian untuk mengumpul dana bagi program kanser kanak-kanak.

Kematian terbaharu itu menjadikannya insiden kedua dalam musim pendakian di negara Himalaya tersebut yang bermula pada Mac.

Alexander Pancoe, 39, meninggal dunia pada Ahad ketika sedang masuk ke dalam beg tidur di kem tinggi kedua Gunung Makalu, selepas kembali dari perjalanan penyesuaian di kem tiga yang lebih tinggi, kata penganjur ekspedisi, Madison Mountaineering.

“Alex tiba-tiba tidak bertindak balas. Walaupun usaha resusitasi berjam-jam… mereka tidak dapat menyelamatkannya,” katanya.

Jabatan Pelancongan Nepal berkata, ia sedang mengatur usaha untuk membawa jenazah ke Kathmandu.

Pancoe, yang pernah bertarung tumor otak ketika muda, berjaya menamatkan Grand Slam Explorer – mendaki puncak tertinggi di setiap benua dan meluncur ke kedua-dua Kutub Utara dan Selatan.

Beliau juga berjuang dengan penyakit leukemia dan berusaha mendaki Makalu untuk mengumpul dana bagi program kanser pediatrik di Hospital Kanak-Kanak Lurie di Chicago.

Gunung Makalu, puncak kelima tertinggi di dunia, mempunyai ketinggian 8,463 meter berbanding Gunung Everest, dengan 8,849 meter.- AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN