JOHOR BAHRU: Nurul Izzah Anwar menewaskan Datuk Seri Mohd. Rafizi Ramli sebagai Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang baharu.
Anak sulung Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu meraih 9,803 undi.
Keputusan rasmi itu diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP), Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa tepat pukul 10 malam tadi dalam Kongres Nasional PKR di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor di sini. – UTUSAN