NES teroka pasaran global bersama Skinrock AG

NES teroka pasaran global bersama Skinrock AG

NES Skinrock
HANAFI Sakri merasmikan pembukaan kilang baharu NES sambil disaksikan Ketua Pegawai Eksekutif NES, Datuk Seri Dom Tee, dekat Meru, di Klang, Selangor, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: NES Security Door Marketing Sdn. Bhd. (NES) melaksanakan pelan jangka panjangnya di peringkat antarabangsa apabila meterai apabila meterai memorandum persefahaman dengan Skinrock AG dari Switzerland.

Pemeteraian kerjasama itu membolehkan NES menerokai pasaran antarabangsa dalam segmen premium dengan mengeluarkan pintu keselamatan berkualiti tinggi berasaskan reka bentuk, teknologi dan bahan unik.

Timbalan Ketua Setiausaha (Industri), Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Datuk Hanafi Sakri berkata, kerjasama antara NES dan Skinrock AG membuktikan kemampuan pembuatan produk tempatan bersaing dalam pasaran global.

“Gabungan kepakaran Skinrock dalam teknologi pemprosesan batu semula jadi dengan kekuatan pembuatan NES membuka peluang baharu bagi menghasilkan produk sedia eksport yang bukan saja kukuh dari segi fungsi, tetapi juga menonjol dari segi estetik dan nilai seni bina.

“Kerjasama itu secara langsung melambangkan keyakinan pemain-pemain industri antarabangsa yang kian meningkat terhadap keupayaan syarikat-syarikat tempatan dalam mengeluarkan produk bertaraf global,” katanya pada Majlis Perasmian Kilang Pembuatan Pintu Baharu NES, semalam.

Pada tahun lalu, sektor pembuatan Malaysia menunjukkan pertumbuhan dengan nilai jualan mencecah RM1.9 trilion pada tahun 2024, peningkatan 4.6 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Sub-sektor berkaitan seperti produk mineral bukan logam, logam asas dan fabrikasi logam (termasuk keluli dan aluminium) turut mencatatkan pertumbuhan 3.2 peratus pada Disember 2024.

Tambah Hanafi, ia mencerminkan permintaan berterusan terhadap produk binaan dan keselamatan berkualiti tinggi dan pemeteraian perjanjian tersebut dilihat sebagai satu impak yang terhasil daripada pertumbuhan industri dan ekonomi yang amat memberangsangkan.

Sementara itu, Pengasas Skinrock AG, Uelli Stiffler memberitahu, kerjasama tersebut juga merupakan peluang kepada pihaknya untuk menembusi pasaran Asia Tenggara bersama NES.

“Kami sangat teruja untuk memperkukuh kehadiran kami di Asia Tenggara melalui kerjasama ini. Bekerjasama dengan NES membuka peluang untuk meneroka aplikasi baharu bagi teknologi bahan kami, selain membawa inovasi venir batu semula jadi ini ke pasaran yang lebih luas.

“Kami berharap kolaborasi ini menjadi inspirasi kepada lebih banyak kerjasama rentas negara antara industri Eropah dan Malaysia,” ujarnya.

Skinrock terkenal dalam kalangan arkitek dan pereka antarabangsa sebagai pencipta venir batu semula jadi fleksibel, jenis bahan mewah yang sering digunakan dalam bangunan ikonik di Eropah dan Timur Tengah.

Menerusi kerjasama ini, venir tersebut akan diperkenalkan dalam rangkaian produk baharu NES, menjadikannya antara syarikat pertama di Asia Tenggara yang menggabungkan unsur batu semula jadi ke dalam pintu keselamatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN