PETALING JAYA: Keputusan berhubung pelaksanaan waktu bekerja 45 jam seminggu bagi jururawat dan petugas syif kesihatan perlu dimuktamadkan segera bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan mereka terjamin. Gesaan itu disuarakan Kesatuan Jururawat Malaya (MNU) yang menolak sebarang pelaksanaan dasar tersebut selagi pelbagai isu melibatkan kebajikan jururawat belum diselesaikan secara menyeluruh. Presidennya, Saaidah Athman berkata, struktur perkhidmatan kesihatan negara masih jauh ketinggalan berbanding negara jiran seperti Thailand, Filipina dan Indonesia, khususnya dari…