Larangan jual Vape: Selangor perlukan masa

Larangan jual Vape: Selangor perlukan masa

Vape Selangor
RAJA Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin menyaksikan penyampaian cenderahati oleh Jamaliah Jamaluddin kepada rakan strategik SCAC di Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / ABDUL RAZAK IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Sama ada benar atau dilarang penjualan vape di negeri ini akan diketahui dalam tempoh satu hingga dua bulan lagi.

Exco Kesihatan Awam dan Alam Sekitar, Jamaliah Jamaluddin berkata, perbincangan berkenaan perkara itu sudah dua kali dilakukan dan ia memerlukan masa kerana melibatkan pelbagai pihak berkepentingan.

“Sememangnya kerajaan negeri sedang ke arah larangan vape (di negeri ini). Namun, disebabkan isu itu perlu dilihat secara keseluruhan termasuk penjualan dilakukan secara dalam talian yang dibagkitkan oleh sesetengah pihak,” katanya ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Pusat Adaptasi Perubahan Iklim Negeri Selangor (SCAC), hari ini.

Jelasnya, penjualan vape secara atas talian hanya melibatkan jenama tidak dikenali yang perlu di bincangkan kesan dan impaknya dari pelbagai perspektif.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, Jamaliah memaklumkan sebarang keputusan bagi pengharaman penjualan rokok elektronik atau vape di negeri Selangor akan dibuat berlandaskan kajian terperinci.

Menurutnya, selain itu keputusan tersebut akan juga diambil dengan bersandarkan kepentingan kesihatan awam, keberkesanan penguatkuasaan dan kesejahteraan rakyat negeri ini.

Tambahnya, apabila perbincangan dengan pihak terlibat selesai, segala kertas berkaitan akan dibawa kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) untuk diputuskan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN