KUALA LUMPUR: Keterangan bekas menantu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob iaitu Datuk Jovian Mandagie akan diambil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bulan depan. Keterangan itu diambil bagi membantu siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan bekas Perdana Menteri itu. Difahamkan proses mengambil keterangan itu akan dijalankan di satu lokasi di Jakarta, Indonesia, di mana pereka fesyen terkenal itu kini menetap. Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki…










