Kepengerusian Malaysia berjaya, bersemangat, berkesan - Singapura

Kepengerusian Malaysia berjaya, bersemangat, berkesan – Singapura

LAWRENCE WONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Singapura menyifatkan kepengerusian Malaysia menganjurkan Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46 sebagai berjaya, bersemangat dan berkesan.

Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong berkata, perkara itu dizahirkannya kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika bertemunya di Sidang Kemucak ASEAN, di sini, semalam.

Katanya, Malaysia selaku Pengerusi ASEAN sangat bersemangat dan berkesan.

“Singapura akan terus bekerjasama rapat dengan Malaysia dalam usaha memperkukuhkan integrasi ASEAN. Saya dan Perdana Menteri Anwar turut menilai pelbagai isu membabitkan kerjasama dua hala,” katanya dalam satu hantaran di Facebook miliknya malam tadi.

Wong berkata, beliau menantikan ketibaan Anwar ke Singapura hujung minggu ini sempena Dialog Shangri-La (SLD), sidang kemuncak pertahanan utama Asia.

Anwar dijadual menyampaikan Ucapan Khas sempena SLD itu yang akan berlangsung dari 30 Mei hingga 1 Jun. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN