Kejadian buli pelatih OKU GiatMara kes lama, sudah lama selesai

Kejadian buli pelatih OKU GiatMara kes lama, sudah lama selesai

RAHMAD MARIMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Kes buli membabitkan pelatih orang kurang upaya (OKU) di GiatMara Durian Tunggal di sini yang tular semalam merupakan kejadian lama yang berlaku sekitar Februari lalu dan telah diselesaikan.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata, kes berkenaan telah ditangani lebih awal oleh Majlis Amanah Rakyat (Mara) apabila semua pelajar terlibat telah dipanggil dan membuat permohonan maaf kepada mangsa.

“Kejadian itu bukan baharu, ia berlaku sekitar Februari lalu. Pihak Mara telah memanggil semua pelajar terlibat dan keterangan juga telah diambil. 

“Pelatih OKU terbabit juga tidak mengalami sebarang kecederaan dan mereka kini telah kembali meneruskan latihan kemahiran seperti biasa,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya menganggap kes berkenaan selesai setelah kedua-dua pihak saling bermaafan kecuali jika terdapat perkembangan baharu yang memerlukan tindakan lanjut.

Dalam pada itu, Pengerusi Mara, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki memaklumkan bahawa pengurusan GiatMara Melaka akan memanggil semua individu terlibat bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut prosedur sedia ada susulan penularan video berdurasi dua minit berhubung kejadian tersebut. 

Beliau menegaskan bahawa Mara tidak berkompromi terhadap sebarang bentuk perlakuan buli, sama ada fizikal atau mental di semua institusi pendidikannya.

Mara juga memberi jaminan bahawa tindakan paling tegas akan diambil jika wujud sebarang salah laku atau elemen jenayah dalam kes tersebut.

Semalam, Utusan Malaysia melaporkan, seorang pelajar OKU didakwa menjadi mangsa buli sekumpulan pelajar lain di Giat Mara Durian Tunggal sehingga mencetuskan kemarahan netizen selepas video kejadian itu tular dalam media sosial.

Pendedahan dibuat seorang pemuda menerusi video yang memaparkan dirinya berbual dengan mangsa di gelanggang badminton sebelum pelajar OKU itu meluahkan perasaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya