Israel bedil hospital Gaza, bunuh wartawan

Israel bedil hospital Gaza, bunuh wartawan

SEORANG lelaki Palestin berlindung di sebalik tiang konkrit ketika tentera Israel melancarkan serangan di Gaza City. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Tentera Israel hari ini mengesahkan serangannya terhadap sebuah hospital di Gaza, yang didakwa menjadi tempat persembunyian kumpulan pejuang Hamas.

Terdahulu, Hamas memaklumkan serangan tersebut berlaku pada waktu subuh dan mengorbankan seorang wartawan yang cedera dalam serangan Israel bulan lalu.

Serangan itu menamatkan jeda singkat pertempuran yang sebelum itu diadakan bagi membolehkan pembebasan seorang tebusan warga Amerika-Israel.

Tentera Israel dalam kenyataan di Telegram mendakwa, kumpulan Hamas beroperasi dari dalam pusat arahan dan kawalan di Hospital Nasser di Khan Younis, bandar utama selatan Gaza.

“Kompleks tersebut digunakan oleh pengganas untuk merancang dan melancarkan serangan terhadap orang awam Israel dan pasukan IDF,” katanya.

Dalam satu kenyataan, Hamas memaklumkan serangan tersebut membunuh seorang wartawan dan mencederakan beberapa orang awam.

“Tentera Israel mengebom bangunan pembedahan di Hospital Nasser di Khan Younis pada awal pagi Selasa, membunuh wartawan Hassan Aslih,” kata jurucakap pertahanan awam Gaza, Mahmud Bassal.

Hassan, ketua agensi berita Alam24, berada di hospital untuk menerima rawatan selepas cedera dalam serangan pada 7 April lalu.

Dalam serangan tersebut, dua lagi wartawan, Ahmad Mansur dan Hilmi al-Faqaaqi, turut terbunuh, menurut laporan ketika itu.

Tentera Israel mendakwa, serangan pada April itu menyasarkan Hassan, dengan menuduh beliau beroperasi untuk Hamas atas nama wartawan.

Tentera Israel mendakwa Hassan menyusup masuk ke wilayah Israel dan terlibat dalam pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan Hamas pada 7 Oktober 2023.– AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×