LONDON: Polis Britain mengesahkan insiden rempuhan di pusat bandar Liverpool disifatkan sebagai kejadian terpencil dan tiada kaitan dengan keganasan. Penolong Ketua Polis Merseyside, Jenny Sims menyifatkan insiden itu sebagai ‘mengerikan’ dan menzahirkan simpati kepada semua mangsa yang cedera. Kejadian berlaku di Water Street, tempat penyokong berkumpul untuk meraikan kejayaan Liverpool FC merangkul kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim ini. Beliau berkata, 27 orang dirawat di hospital sekitar Liverpool, dengan dua mangsa…










