India buka semula 32 lapangan terbang selepas gencatan senjata

India buka semula 32 lapangan terbang selepas gencatan senjata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: India membuka semula 32 lapangan terbang yang ditutup susulan ketegangan dengan negara jiran, Pakistan, selepas gencatan senjata dicapai hujung minggu lalu.

Pihak Berkuasa Lapangan Terbang India (AAI) menarik balik Notis kepada Tentera Udara (NOTAM) yang sebelum ini menggantung operasi penerbangan awam ke lapangan terbang berkenaan sehingga 15 Mei.

Bagaimanapun, ketika ini syarikat penerbangan komersial masih belum menyambung semula operasi ke lapangan terbang terlibat.

“Perhatian kepada penumpang, merujuk kepada notis penutupan sementara 32 lapangan terbang bagi operasi pesawat awam sehingga pukul 5.29 pagi 15 Mei 2025.

“Dimaklumkan bahawa semua lapangan terbang ini kini tersedia untuk operasi pesawat awam serta-merta,” kata AAI dalam kenyataan, hari ini.

AAI turut menasihatkan penumpang supaya menyemak status penerbangan secara terus dengan pihak syarikat dan mendapatkan maklumat terkini melalui lamam web rasmi.

Pembukaan semula itu melibatkan lapangan terbang Jaisalmer, Jamnagar, Jodhpur, Adhampur, Ambala, Awantipur, Bathinda, Bhuj, Bikaner, Halwara, Hindon, Jammu, Kandla, Kangra (Gaggal), Keshod, Kishangarh, Kullu Manali (Bhuntar), Leh, Ludhiana, Mundra, Naliya, Pathankot, Patiala, Porbandar, Rajkot (Hirasar), Sarsawa, Shimla, Thoise dan Uttarlai.

Sementara itu, pihak berkuasa lapangan terbang Pakistan membuka semula ruang udara pada Sabtu lalu.

Syarikat penerbangan utama India, IndiGo, memaklumkan ia akan memulakan semula operasi secara berperingkat bagi laluan yang sebelum ini ditutup.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×