KASHMIR: Hotel dan rumah bot di Kashmir, India, kini menawarkan diskaun sehingga 70 peratus selepas pelancong takut untuk berkunjung ke wilayah itu.
Di bahagian Pakistan, sebuah destinasi pelancongan popular yang terletak berhampiran sempadan ditutup sepenuhnya ketika ketegangan antara kedua-dua negara semakin memuncak.
Pengusaha agensi pelancongan berusia lebih 100 tahun dan pemilik rumah bot di Srinagar, Yaseen Tuman berkata, hampir semua pelanggannya membatalkan tempahan.
“Rumah bot kami sebelum ini penuh, kini langsung tiada tetamu,” katanya kepada Reuters.
Laman web tempahan pelancongan India menunjukkan banyak rumah bot dan hotel menawarkan diskaun tinggi, namun Tuman enggan menurunkan harga keran tidak menjangkakan kemasukan pelancongan dalam jumlah besar.
Penduduk di rantau Himalaya yang terpecah itu, sangat bergantung kepada sektor pelancongan.
Kedua-dua negara berjiran itu berperang dua kali akibat pertikaian wilayah Kashmir, yang dituntut sepenuhnya, namun hanya ditadbir secara separa.
Perbalahan di sepanjang sempadan de facto menjadikan Kashmir sebagai barisan hadapan konflik mereka.
Bagaimanapun, penurunan drastik dalam aktiviti keganasan serta gencatan senjata yang sebahagian besarnya kekal selamat empat tahun mencetuskan lonjakan pelancongan.
Lebih tiga juta pelawat ke wilayah Kashmir ditadbir India pada 2024, manakala hampir 1.5 juta melancong ke bahagian Pakistan.
Hotel, rumah bot dan teksi hampir penuh ditempah pada permulaan musim panas 2025, sebelum serangan pada April yang meragut 26 nyawa.
India menyalahkan Pakistan terhadap serangan itu dan mengumumkan beberapa langkah diplomatik serta ekonomi terhadap negara jirannya.
Pakistan pula menafikan penglibatan dan mengumumkan tindakan balas serta memberi amaran mengenai serangan ketenteraan oleh India.











