Empat PATI dicekup Batalion 9 PGA - Utusan Malaysia

Empat PATI dicekup Batalion 9 PGA

SEBAHAGIAN PATI yang ditahan PGA semasa menerusi Op Taring Wawasan Kelantan di Rantau Panjang, Kelantan, semalam-IHSAN PGA.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RANTAU PANJANG: Hasrat empat pendatang asing tanpa izin (PATI) warganegara Myanmar termasuk seorang wanita untuk mencari pekerjaan di negara ini tidak kesampaian selepas dicekup anggota Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) semasa berada di stesen bas di sini semalam.

Kesemua PATI itu ditahan pada pukul 8.40 malam menerusi Op Taring Wawasan Kelantan.

Komander Briged Tenggara PGA Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, hasil pemeriksaan mendapati kesemua PATI itu tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.

“Kesemua mereka (PATI) dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas untuk tindakan selanjutnya.

“Mereka ditahan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Nik Ros Azhan memberitahu, PGA akan memperketatkan lagi kawalan sempadan Malaysia-Thailand di negeri ini bagi mengekang kemasukan PATI.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN