Dijangka peroleh pulangan RM100j

Dijangka peroleh pulangan RM100j

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sidang Kemuncak ASEAN-Maj­lis Kerjasama Teluk (GCC) yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) membuka tirai dengan didahului dua mesyuarat persediaan membabitkan pegawai-pegawai tinggi ASEAN.

Mesyuarat tersebut adalah Mesyuarat Jawatankuasa Perwakilan Tetap ke ASEAN (CPR) dengan dihadiri oleh wakil-wakil tetap ASEAN, Duta Besar Timor-Leste dan Timbalan Setiausaha Agung Komuniti Politik – Kese­lamatan ASEAN (APSC) di sebelah pagi.

Sebelah petang pula diadakan Mesyuarat Persediaan Pegawai Kanan ASEAN (Prep-SOM), Mesyuarat Persediaan SOM ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC) dan Mesyuarat Persediaan ASEAN-GCC-China.

Prep-SOM merupakan mesyuarat penyelarasan utama yang diadakan sebelum Mesyuarat Pegawai-Pegawai Kanan (SOM) dan mesyuarat peringkat menteri atau sidang kemuncak.

Dalam pada itu, pakar ekonomi, Dr. Barjoyai Bardai berkata, penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC) kali ini mampu menjana pulangan dan pendapatan lebih RM100 juta.

Katanya, jumlah tersebut sekali gus memberi impak positif kepada ekonomi tempatan terutamanya melibatkan perkhidmatan perhotelan dan pengangkutan.

Selain itu, Barjoyai berkata, penganjuran sidang kemuncak itu juga bertepatan dengan Tahun Melawat Malaysia 2026 dengan memberi lonjakan kepada negara sebagai destinasi pelancongan.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN