GEORGIA: Delta Air Lines boleh meneruskan saman terhadap firma keselamatan siber, CrowdStrike, selepas gangguan global pada Julai menyebabkan pembatalan 7,000 penerbangan. Dalam keputusan bertarikh 16 Mei, Hakim Mahkamah Tinggi Fulton County, Kelly Lee Ellerbe memutuskan Delta boleh cuba membuktikan Crowdstrike cuai secara serius apabila menghantar kemas kini perisian yang rosak. Katanya, firma itu menghantar kemas kini Falcon yang tidak teruji kepada pelanggannya, menyebabkan lebih lapan juta komputer berasaskan Microsoft Windows mengalami kegagalan sistem di seluruh dunia. “Delta secara khusus menyatakan bahawa jika CrowdStrike menguji kemas kini Julai pada satu komputer…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya