TOKYO: Sebuah aplikasi janji temu popular di Jepun memperkenalkan ciri baharu yang membolehkan pengesahan status perkahwinan melalui rekod kerajaan, dalam usaha mengelakkan individu berkahwin menyamar sebagai bujang. Tapple, yang mempunyai lebih 20 juta pengguna di negara yang sedang berdepan krisis demografi, memperkenalkan ciri tersebut pada Rabu lalu. Aplikasi itu menyatakan bahawa lebih separuh daripada pengguna, 69 peratus wanita dan 54 peratus lelaki, menyuarakan kebimbangan terhadap kejujuran ahli lain mengenai status…











