Kaji hubungan dengan Bersatu: Pas mesyuarat dalam masa terdekat

Kaji hubungan dengan Bersatu: Pas mesyuarat dalam masa terdekat

DOMINIC Lau Hoe Chai bersama Pengerusi Perikatan Nasional, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar ketika sesi bergambar pada Konvensyen Ulang Tahun ke-58 Parti Gerakan Rakyat Malaysia di Menara PGRM, Kuala Lumpur di sini, hari ini. - UTUSAN/SYAKIR RADIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pas akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat bagi membincangkan semula hubungan dan kerjasama politik dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menjelang Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, kepemimpinan parti kemudian dijangka mengadakan mesyuarat bersama kepemimpinan Bersatu dan Perikatan Nasional (PN) selepas perbincangan di peringkat parti selesai.

“Kita akan adakan mesyuarat dalam masa terdekat satu ke dua hari lagi, selepas itu kita akan buat keputusan.

“Sama ada Mesyuarat Pas dahulu, kemudian dengan Bersatu. Kita lihat dahulu,” katanya selepas menghadiri Konvensyen Ulang Tahun ke-58 Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) di ibu pejabat parti itu di Menara PGRM, di sini hari ini.

Semalam, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, pihaknya sedang meneliti semula hubungan dan kerjasama politik dengan Bersatu menjelang PRU16, termasuk kemungkinan bergerak tanpa parti itu sekiranya gagal mencapai kata sepakat.

Abdul Hadi berkata, semua aspek melibatkan hubungan antara kedua-dua parti dalam PN dikaji secara menyeluruh berdasarkan pengalaman pilihan raya lalu.

Disoal mengenai larangan Pas terhadap semua pimpinan dan ahlinya daripada membuat sebarang kenyataan atau ulasan berhubung perkembangan terkini itu menyekat kebebasan bersuara, Takiyuddin berkata, kebebasan bersuara perlu disalurkan mengikut saluran yang betul.

“Kebebasan itu ada (dalam Pas), tetapi ada caranya. Kalau semua orang bersuara, semua lagi kelam-kabut. Kita ada visi dan biarkan pihak kepemimpinan membuat keputusan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN