Calon pilihan raya: Rafizi gesa mansuh kuasa khas Presiden PKR

Calon pilihan raya: Rafizi gesa mansuh kuasa khas Presiden PKR

Kekalahan Rafizi Ramli dalam pemilihan parti dan pengumuman beliau mengenai peletakan jawatan sebagai Menteri Ekonomi menimbulkan spekulasi 11 wakil rakyat parti itu menarik sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Kuasa khas Pre­siden PKR, yang membolehkan ahli baharu bertanding dalam pilihan raya walaupun belum cukup setahun keahlian perlu dimansuhkan.

Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli berkata, kelonggaran yang telah diberikan itu mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan ahli akar umbi yang telah lama berjuang untuk membina kekuatan parti sehingga berjaya membentuk kerajaan.

“Ini adalah suara akar umbi kepada Presiden, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang selama ini ada satu kuasa diberikan iaitu walaupun anggota parti tidak cukup setahun menjadi ahli, namun dengan pelepasan Pre­siden, ahli (baharu) dibenarkan bertanding pilihan raya.

“Ini (pelepasan ini) harus dibatal, dimansuhkan. Ia memalukan parti. Setuju tidak? Lepas ini mesti jadi anggota parti sekurang-kurangnya lima tahun sebelum boleh bertanding,” katanya ketika berucap dalam Jelajah Hidupkan Idealisme Reformasi dalam Ujian Kuasa (HIRUK) di sini malam kelmarin.

Mengulas lanjut mengenai­nya, Rafizi mempersoalkan ba­gaimana bekas Bendahari MIC yang merujuk kepada Datuk Seri R. Ramanan, boleh bertanding pilihan raya selepas hanya enam bulan menyertai PKR.

Malahan Ramanan juga me­n­urutnya diberikan bertanding di­ ka­wasan Parlimen dan dilantik sebagai timbalan menteri tidak sampai dua tahun dan kini bertanding jawatan Naib Pre­si­den PKR.

“Anggota setia PKR macam kami ambil masa panjang sebelum dapat peluang bertanding. Jika terbukti ikhlas berbakti dan berjuang tanpa balasan untuk parti, saya yakin akar umbi akan angkat kamu jadi calon pilihan raya,” katanya.

Rafizi yang juga Menteri Eko­nomi berkata, ahli baharu seharusnya membuktikan ke­setiaan kepada parti terlebih dahulu dan perlu masa lima tahun sebelum boleh bertanding pada pemilihan parti dan bertanding atas tiket PKR.

Katanya, langkah itu bagi me­ngelakkan parti dibanjiri ahli yang tidak setia berjuang sebaliknya hanya mengejar jawatan atau laba politik.

“Orang lain bersusah payah berjuang demi parti ketika susah, namun apabila parti dalam keadaan senang dan menang, golongan ini muncul. Jangan se­sekali benarkan kumpulan yang begini mengambil alih parti kerana nampak gayanya ia akan jadi begitu,” katanya.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN