KYIV: Russia melancarkan serangan besar-besaran menggunakan 367 dron dan peluru berpandu ke atas bandar Ukraine termasuk ibu negara Kyiv, sepanjang malam Sabtu. Sekurang-kurangnya 13 orang terbunuh dan puluhan yang lain cedera, dalam serangan udara terbesar sejak perang bermula antara kedua-dua negara itu. Menurut pegawai tempatan, tiga kanak-kanak antara mangsa yang terkorban di wilayah utara Zhytomyr. Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy, menggesa Amerika Syarikat (AS) untuk bersuara mengenai serangan tersebut, terutama selepas…










