KLANG: Sebanyak 32 projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) bernilai RM47.55 juta akan dilaksanakan kerajaan Selangor di Klang bagi mengatasi masalah limpahan air di 13 kawasan panas, dijangka siap seawal Oktober ini. Exco Infrastruktur dan Pertanian, Datuk Izham Hashim berkata, bagi pelan jangka pendek ia meliputi kawasan di Kampung Johan Setia, Taman Teluk Pulai dan Kampung Bukit Kapar yang berjumlah RM3.35 juta. Menurutnya, sementara bagi jangka sederhana serta panjang pula meliputi…










