12 daripada 14 Ketua AMK Cabang Pahang sokong Nurul Izzah tanding Timbalan Presiden PKR - Utusan Malaysia

12 daripada 14 Ketua AMK Cabang Pahang sokong Nurul Izzah tanding Timbalan Presiden PKR

AHMAD Saifullah Razali bersama Nurul Izzah Anwar
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Seramai 12 daripada 14 Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Pahang menyatakan sokongan penuh dan terbuka terhadap Nurul Izzah Anwar sebagai calon timbalan presiden PKR bagi sesi 2025–2028.

Ketua AMK Cabang Indera Mahkota, Ahmad Saifullah Razali berkata, Nurul Izzah yang juga bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu merupakan tokoh reformasi yang berprinsip, progresif dan berwawasan.

“Pengalaman sebagai bekas naib presiden PKR, ahli parlimen dan aktivis reformasi membuktikan kemampuan serta keteguhan iltizam Nurul Izzah dalam membawa suara rakyat dan agenda perubahan.

“Beliau membawa nafas segar yang mampu menyatukan idealisme generasi pengasas dengan semangat dan tenaga generasi pelapis.

“Kami yakin kepimpinan Nurul Izzah akan memperkukuh struktur parti, memperkuat akar umbi serta memacu PKR ke arah masa depan yang lebih kukuh dan diyakini rakyat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Ahmad Saifullah berkata, pencalonan Nurul Izzah langkah strategik demi kelangsungan perjuangan reformasi dan kesinambungan kepimpinan yang berteraskan nilai, integriti dan visi Malaysia Madani.

“Kami berdiri teguh bersama Nurul Izzah. Inilah masa untuk PKR bangkit dengan kekuatan baharu,” katanya.

Berikut senarai Ketua AMK Pahang yang menyokong pencalonan Nurul Izzah:

*Ahmad Saifullah

*Ketua AMK Cabang Paya Besar, Muhammad Hurairah bin Roslan

*Ketua AMK Bera, Norafiza Ahmad Zaidi

*Ketua AMK Kuala Krau, Mohammad Izwan Azmi

*Ketua AMK Raub, M. Baskaran

*Ketua AMK Bentong, Mohd. Fadhil Hanafi Mohd. Nor Sidik

*Ketua AMK Cameron Highlands, Amirul Syafiq Badrul Shah

*Ketua AMK Jerantut, Muhammad Hafami Jaafar

*Ketua AMK Lipis, Badrul Hakimi Mohd. Supian

*Ketua AMK Maran, Muhammad Khairul Nizam Halias

*Ketua AMK Pekan, Muhammad Zubair Tugimon

*Ketua AMK Rompin, Mohd. Fahrol Rozi Abdullah – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN