Warga emas rugi RM445,000 ditipu bomoh ‘scammer’

Warga emas rugi RM445,000 ditipu bomoh ‘scammer’

ROSLAN MOHD. TALIB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANGKAK: Seorang warga emas kerugian RM445,000 selepas diperdaya seorang pengamal perubatan tradisional atau bomoh semasa mendapatkan rawatan keluarganya didakwa diganggu makhluk halus.

Menurut Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd. Talib, lelaki berusia 70 tahun itu ditawarkan khidmat rawatan tradi­sional dan telah menyerahkan wang tunai dan barangan kemas kepada suspek berjumlah kira-kira RM445,000.

“Wang tunai dan barang kemas berkenaan diserahkan antara Mac hingga April. Mangsa percaya rawatan itu adalah sahih kerana suspek merupakan kenalannya,” katanya dalam kenyataan, di sini semalam.

Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan boleh dikenakan sebatan atau denda, jika sabit kesalahan.

Roslan menasihatkan orang ramai supaya berwaspada dan tidak mudah terpedaya serta membuat semakan terlebih dahulu apabila me­nerima sebarang tawaran agar tidak menjadi mangsa pe­nipuan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN