Rejim Bashar lupus ribuan mangsa mati diseksa dalam kubur besar

Rejim Bashar lupus ribuan mangsa mati diseksa dalam kubur besar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DAMSYIK: Seorang lelaki Syria yang dikenali secara meluas sebagai ‘penggali kubur’, secara terbuka mendedahkan identitinya dan berkongsi butiran baharu pembunuhan beramai-ramai dilakukan rejim Bashar al-Assad.

Mohammed Afif Naifeh, seorang penduduk Damsyik, mendedahkan namanya semasa berucap di Persidangan Arab yang diadakan di Universiti Harvard, Amerika Syarikat (AS), menurut Agensi Berita Arab Syria (SANA).

Beliau mengulangi keterangannya, yang sebelum ini disampaikan kepada Kongres AS dan tribunal jenayah perang Syria di Jerman.

Menurut SANA, keterangannya membantu mendedahkan jenayah sistematik yang dilakukan oleh kerajaan rejim Bashar, termasuk pelupusan ribuan mangsa penyeksaan dalam kubur besar, antaranya kanak-kanak yang diseksa sehingga mati.

Dari 2011 hingga 2018, Mohammed ditugaskan untuk mengebumikan mangsa penyeksaan dalam kubur besat sebelum akhirnya berjaya melarikan diri dari Syria.

Dalam keterangan di hadapan Kongres AS dan mahkamah, beliau menggambarkan bagaimana trak tiba dua kali seminggu dari hospital tentera dan cawangan keselamatan.

Setiap trak membawa antara 300 hingga 600 mayat mangsa yang diseksa hingga mati untuk dikebumikan secara beramai-ramai.

Walaupun beliau berperanan penting dalam membantu mendokumentasikan kekejaman yang membawa kepada sekatan antarabangsa terhadap rejim Bashar, Mohammed menyeru agar sekatan tersebut dihentikan.

Beliau berhujah, rakyat Syria masih menderita akibat sekatan ekonomi, walaupun sudah empat bulan sejak kejatuhan rejim pada Disember 2024.

Beliau turut menekankan keperluan untuk mengheret semua pelaku ke muka pengadilan terhadap jenayah kejam dilakukan ke atas rakyat Syria.

Keterangan Mohammed membantu menarik perhatian dunia terhadap penyalahgunaan kuasa rejim Bashar, bersama bukti yang dikemukakan oleh Pegawai Waran Utama, Farid Nada al-Madhhan, seorang bekas pegawai forensik dalam polis tentera Damsyik dikenali sebagai ‘Caesar’, yang mendedahkan identitinya pada Februari lalu.

Bashar, yang memimpin Syria selama hampir 25 tahun, melarikan diri ke Russia pada 8 Disember, menamatkan pemerintahan Parti Baath yang berkuasa sejak tahun 1963.- ANADOLU

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN