Pejuang kanser raih 9A dalam SPM 2024

Pejuang kanser raih 9A dalam SPM 2024

MOHAMED Adam Baihaqi ketika menerima keputusan cemerlang SPM 2024 di SMK Bachok, Kelantan baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BACHOK: Seorang pelajar berjaya memperoleh keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 walaupun terpaksa menghabiskan masa berulang-alik ke hospital selepas disahkan menghidap kanser limfoma tahap tiga.

Menurut Mohamed Adam Baihaqi Mohamed Zadro, 19, ketika rakan-rakannya sibuk membuat persiapan untuk menghadapi SPM, dia terpaksa bertarung nyawa melawan penyakit tersebut sehinggalah disahkan sembuh sepenuhnya pada Julai tahun lalu.

Pengorbanannya jelas membuahkan hasil apabila berjaya memperoleh 9A sekali gus dinobatkan sebagai pelajar cemerlang di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bachok, tahun ini.

“Pada awalnya, saya tidak dapat memberikan fokus penuh pada pelajaran. Saya rasa antara cabaran utama yang perlu saya hadapi ialah berulang-alik ke hospital selama beberapa tahun.

“Sepatutnya saya mengambil SPM pada tahun 2023, namun terpaksa menangguhkannya ke tahun 2024 untuk menyelesaikan rawatan terlebih dahulu,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Bagi Mohamed Adam, dia tidak pernah melihat penyakit kanser yang dihidapinya sebagai penghalang, sebaliknya sebagai semangat untuknya untuk terus belajar dan mengulangkaji pelajaran.

Mohamed Adam berkata, beliau juga terpaksa menukar ali­ran atas nasihat pihak sekolah bagi memastikannya tidak tertekan ketika belajar.

“Pada awalnya saya di aliran sains, tetapi semasa pendaftaran SPM, pengetua menasihatkan saya memilih aliran kemanusiaan kerana bimbang kesihatan saya akan terjejas sekiranya terlalu tertekan,” katanya.

Mengimbas kembali detik getir itu, Adam berkata, beliau disahkan menghidap kanser ketika berusia 16 tahun pada Mac 2022.

Namun, pada Mac 2024, dalam keadaan kesihatan yang masih belum pulih sepenuhnya, beliau nekad mendaftar sebagai calon SPM.

“Alhamdulillah, guru-guru banyak membantu. Merekalah yang memberikan semangat dan bimbingan khusus kepada saya. Malah, kawan-kawan lama saya juga banyak membantu.

“Tetapi, sudah tentulah sokongan terbesar datang daripada ibu bapa saya. Mereka tidak pernah berhenti memberi semangat untuk saya terus kuat dan belajar,” katanya yang mahu mengejar cita-cita sebagai seorang pendidik.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya