Intan Najuwa mahu kembali berlakon, pilih naskhah berkualiti - Utusan Malaysia

Intan Najuwa mahu kembali berlakon, pilih naskhah berkualiti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perkongsian pelakon dan usahawan Datin Intan Najwa di media sosial baru-baru ini memberi bayangan dia masih menyimpan hasrat untuk kembali aktif dalam dunia lakonan.

Menerusi sesi soal jawab di Instagram, Intan atau nama sebenarnya Intan Najuwa Abdul Wahid tampil menjawab pertanyaan seorang pengikut yang tertanya-tanya sama ada dia sudah tidak lagi merancang untuk berlakon, selain menyatakan kerinduan terhadap lakonannya dalam drama Jesnita.

Menjawab persoalan itu, Intan mengakui dia sebenarnya merindui kerjaya seni yang pernah menjadi sebahagian besar dalam hidupnya sebelum ini.

Bagaimanapun, buat masa ini, fokus utamanya adalah terhadap kehamilan dan keluarga, khususnya menantikan kelahiran cahaya mata kedua.

“Memang saya rindu untuk muncul di layar. Insya-Allah selepas anak kedua lahir, saya akan kembali berlakon dan memilih projek terbaik untuk kemunculan semula,” katanya.

Dalam pada itu, Intan turut memberi bayangan bahawa dia tidak akan menerima sebarang tawaran secara terburu-buru, sebaliknya lebih cenderung memilih naskhah yang berkualiti.

Pendekatan tersebut dilihat sebagai langkah memastikan kemunculan semulanya nanti lebih bermakna, selain membolehkannya mengimbangi antara kerjaya dan tanggungjawab sebagai seorang ibu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN