KUALA LUMPUR: Malaysia akan melakukan apa sahaja tindakan untuk melindungi kepentingan ekonomi negara susulan tarif timbal balik besar-besaran terhadap lebih 180 negara dengan kadar antara 10 hingga 50 peratus oleh Amerika Syarikat (AS) pada 2 April lalu. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sehubungan itu, negara akan menghantar wakil rasmi ke AS untuk membincangkan tarif 24% dikenakan ke atas import dari Malaysia. Beliau berkata perdagangan Malaysia dengan negara itu…