Lebih 100 buah taska di Selangor tidak berdaftar

Lebih 100 buah taska di Selangor tidak berdaftar

Taska tidak berdaftar
ANFAAL Saari ditemui pemberita selepas melancarkan Program Selangor Care Accelerator (XCARE) 2025 dekat Pustaka Raja Tun Uda, di Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / SADDAM YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Lebih 100 taman asuhan kanak-kanak (taska) di negeri ini dikesan tidak berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi membolehkan jaminan keselamatan di pusat jagaan itu dipantau.

Exco Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat, Anfaal Saari berkata, bagaimanapun bantuan diberikan kepada taska berkenaan dengan syarat pengurusan taska berkenaan menyediakan kawalan keselamatan minimum kepada kanak-kanak jagaannya.

“Kita wujudkan geran pusat jagaan untuk permudahkan mereka beroperasi tetapi terdapat sedikit cabaran untuk mereka mendaftar (dengan JKM).

“Maksimum RM5,000 bagi setiap operator dan dana keseluruhan diperuntukkan bagi geran adalah RM400,000,” katanya selepas majlis pelancaran program Selangor Care Accelator (XCARE) 2025, hari ini.

Jelasnya, kerajaan negeri juga sentiasa memantau rapat kesemua rumah pengasuh Selangor melalui Program Impak supaya langkah keselamatan dan kualiti penjagaan kanak-kanak berada pada tahap tertinggi.

Kata Anfaal, sebanyak 1,000 penyertaan diterima melalui program tersebut sejak ia diperkenalkan pada tahun 2023 bagi membolehkan perkhidmatan penjagaan kanak-kanak atau asuhan ditawarkan.

“Ada di antara mereka jadi pengasuh untuk cari rezeki, tetapi tidak bercadang nak buka rumah pengasuh dengan skala yang besar kerana nak mengasuh kanak-kanak dalam jumlah yang kecil.

“Justeru kerajaan Selangor ambil inisiatif untuk bantu mereka. Tetapi, pengasuh perlu jaga betul-betul anak-anak di bawah jagaan mereka,” jelasnya.

Mengulas mengenai XCARE 2025, beliau memberitahu, seramai 22 pusat jagaan, kesihatan mental dan perbidanan terlibat dengan melalui tujuh modul berkaitan pembangunan perniagaan di samping kelas dan klinik pemasaran. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya