Krisis pemutihan terumbu karang makin merebak

Krisis pemutihan terumbu karang makin merebak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PHUKET: Lebih empat perlima kawasan terumbu karang di dunia terjejas akibat kejadian pemutihan besar-besaran, didorong oleh suhu laut yang mencapai rekod tertinggi.

Keadaan itu menyebabkan banyak terumbu yang dahulunya berwarna-warni kelihatan pucat dan suram, menurut pihak berkuasa saintifik pada Rabu.

Pemutihan berlaku apabila suhu air yang luar biasa menyebabkan batu karang menyingkirkan alga berwarna yang hidup dalam tisu mereka.

Tanpa bantuan alga dalam membekalkan nutrien penting, batu karang tidak dapat terus hidup.

Pada Disember 2024, corak cuaca La Nina yang membawa suhu laut lebih sejuk memberi harapan kepada para saintis bahawa karang mungkin pulih, tetapi fenomena itu hanya bertahan selama tiga bulan.

Tahun lalu merupakan paling panas yang pernah dicatatkan, menyebabkan suhu lautan luar biasa tinggi dan jumlah gelombang haba marin meningkat tiga kali ganda berbanding rekod terdahulu.

“Kekuatan dan keluasan tekanan haba ini amat mengejutkan. Sesetengah terumbu yang sebelum ini tidak terjejas dan dianggap tahan terhadap haba turut mengalami kematian sebahagian pada 2024.

“Pemutihan terumbu sentiasa memberikan suasana suram seperti salji yang senyap turun di dasar laut,” kata Saintis Marin yang bekerja di Caribbean, Dr. Melanie McField kepada Reuters.

Negara Kepulauan Solomon dan Papua New Guinea kini turut disenaraikan antara 82 negara dan wilayah yang mencatat pemutihan terumbu di perairan mereka.

Para saintis menjangkakan akan mengambil masa bertahun-tahun untuk memahami sepenuhnya tahap kematian terumbu karang secara global, namun mula mengesan kematian besar-besaran di beberapa kawasan termasuk Caribbean, Laut Merah, dan sepanjang Terumbu Besar Australia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN