Konflik Sudan heret 13 juta penduduk hilang tempat tinggal

Konflik Sudan heret 13 juta penduduk hilang tempat tinggal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT SUDAN: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melaporkan perang saudara yang berlarutan di Sudan kini menyebabkan 13 juta penduduk kehilangan tempat tinggal, tatkala pertempuran antara tentera negara dan Pasukan Sokongan Pantas (RSF) memasuki tahun ketiga.

Perang yang tercetus pada 15 April 2023 meragut puluhan ribu nyawa, mendorong beberapa bahagian Sudan di ambang kebuluran dan memecahkan negara itu kepada wilayah yang dikuasai ketua perang.

“Konflik ini menyebabkan perpindahan 13 juta orang, termasuk 8.6 juta pelarian dalaman dan 3.8 juta pelarian luar negara,” kata Abdourahouf Gnon-Konde dari agensi pelarian PBB dalam temu bual dengan AFP.

Menjelang ulang tahun kedua perang itu, Darfur menjadi titik panas utama apabila RSF melancarkan serangan baharu minggu lalu untuk menawan El-Fasher – bandar utama terakhir di wilayah barat yang masih dikuasai oleh tentera.

Serangan bermula pada Khamis dan berlanjutan sehingga pagi Ahad, menyasarkan El-Fasher serta kem pelarian berdekatan termasuk Zamzam dan Abou Shouk – kedua-duanya kini dilanda kebuluran.

Menurut PBB yang memetik ‘sumber boleh dipercayai’, lebih 400 orang terbunuh dalam keganasan terbaharu itu.

Ahad lalu, pasukan RSF mendakwa menguasai Zamzam. Sejak itu, sekitar 400,000 orang dipaksa melarikan diri dari kem tersebut, menurut Pertubuhan Antarabangsa bagi Migrasi PBB (IOM).

Doktor Tanpa Sempadan pula melaporkan kira-kira 10,000 orang melarikan diri ke Tawila, hampir 70 kilometer di barat El-Fasher, dalam tempoh 48 jam bagi mengelak serangan bom.

Orang awam, kebanyakan wanita dan kanak-kanak, tiba dalam keadaan dehidrasi dan keletihan teruk serta melaporkan keganasan yang mengerikan, menurut badan perubatan antarabangsa itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN