Israel makin agresif bedil rumah, khemah pelarian

Israel makin agresif bedil rumah, khemah pelarian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Sekurang-kurangnya 19 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara Israel di seluruh Gaza hari ini, ketika pasukan rejim meneruskan kempen pembunuhan beramai-ramai di wilayah tersebut.

Menurut sumber perubatan dan saksi, serangan udara tersebut menyasarkan rumah, khemah pelarian serta kumpulan orang awam di beberapa kawasan Gaza.

Di bandar Khan Younis, 11 rakyat Palestin terbunuh dalam tiga serangan udara berasingan.

Serangan pertama mengenai khemah yang menempatkan ahli keluarga Qadi di kawasan Mawasi, mengorbankan lima nyawa.

Serangan kedua menyasarkan khemah milik keluarga Abu Nadda di kawasan sama, menyebabkan empat orang terbunuh termasuk dua kanak-kanak, menurut sumber perubatan.

Serangan ketika mengenai rumah keluarga Abu Shnaila, menyebabkan dua maut dan beberapa lagi cedera, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak.

Saksi turut melaporkan bahawa kenderaan tentera Israel melepaskan tembakan di timur kawasan Al-Qarara di Khan Younis.

Di bandar selatan Rafah, artileri Israel terus mengebom kawasan timur dan barat bandar itu sambil merobohkan bangunan kediaman di kawasan berkenaan.

Di tengah Gaza, dua rakyat Palestin terbunuh dalam dua serangan udara Israel yang menyasarkan Deir al-Balah dan kem Al-Bureij.

Di bandar Gaza, sumber perubatan mengesahkan dua rakyat Palestin terbunuh dan empat lagi cedera dalam serangan udara Israel ke atas khemah pelarian berhampiran Jalan Abu Hasira, berdekatan Pelabuhan Gaza.

Di utara wilayah, empat rakyat Palestin terbunuh dalam serangan Israel di kawasan Al-Attatra, barat Beit Lahia.

Sehingga kini, lebih 51,000 rakyat Palestin terbunuh di Gaza dalam serangan ganas Israel sejak Oktober 2023, majoritinya wanita dan kanak-kanak.– ANADOLU

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN