Islamofobia makin meningkat di Eropah sejak konflik Gaza

Islamofobia makin meningkat di Eropah sejak konflik Gaza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ANTALYA: Penyelaras Suruhanjaya Eropah (EU) untuk memerangi kebencian anti-Muslim mendedahkan perkauman dan Islamofobia dilihat semakin meningkat di beberapa negara anggota.

Marion Lalisse berkata, suruhanjaya itu sedar jenayah kebencian anti-Muslim meningkat, merujuk 140 peratus di Jerman sejak 7 Oktober 2023, serangan Hamas di Israel diikuti pembunuhan beramai-ramai rejim terhadap rakyat Palestin di Gaza.

“Jelas, anda boleh mempunyai pandangan tentang agama atau politik, tetapi anda tidak boleh menghasut kebencian terhadap sekumpulan individu yang merupakan sebahagian penting daripada Eropah yang juga komponen utama masyarakat kita.

“Malangnya, kita sedang melihat normalisasi naratif anti-Muslim, dan naratif ini yang terdapat dalam media dan media sosial bukan hanya sebagai kata-kata.

“Kita memerlukan lebih banyak kepelbagaian bukan hanya di peringkat wartawan, tetapi juga pengurusan media untuk memastikan liputan yang mencerminkan majoriti umat Islam,” katanya kepada Anadolu semasa Forum Diplomasi Antalya Türkiye.

Beliau berkata, tindakan itu sememangnya sangat merugikan Eropah dan ia tidak mencerminkan nilai yang menjadi asas pembinaan EU.

Bagaimanapun, Lalisse meluahkan rasa gembira melihat beberapa negara anggota mengambil langkah memerangi Islamofobia seperti Sweden, Denmark, dan Belanda.

“Kami gembira melihat mereka (negara-negara ini) melaksanakan keputusan rangka kerja kami dalam memerangi xenofobia dan rasisme, termasuk intoleransi beragama,” tambahnya.- ANADOLU

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN