PETALING JAYA: Sebarang keputusan bagi menjalinkan kerjasama dengan mana-mana parti termasuk UMNO pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-17 perlu mendapat konsensus antara parti dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS). Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua Penerangan GRS, Datuk Joniston Bangkuai berkata, kerjasama dengan mana-mana parti hanya akan diputuskan pada satu tempoh yang akan diumumkan nanti. “Soal kerjasama dengan mana-mana parti harus dibincangkan dan diputuskan dalam mesyuarat Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MT)…










