Gempa Myanmar: Warga emas terselamat, 91 jam terperangkap runtuhan

Gempa Myanmar: Warga emas terselamat, 91 jam terperangkap runtuhan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NAYPYIDAW: Seorang wanita berusia 63 tahun digelar sebagai ‘mangsa ajaib’ kerana terselamat selepas terperangkap 91 jam di bawah runtuhan berikutan gempa bumi dahsyat melanda Myanmar.

Gempa bumi berukuran 7.7 skala Richter, yang berpusat di Mandalay, meragut lebih 3,000 nyawa, dengan hampir 5,000 mangsa dilaporkan cedera.

Dengan impak gempa yang sangat dahsyat di Myanmar, seorang wanita warga emas ditemui masih hidup selepas empat hari terperangkap di bawah runtuhan.

Mangsa yang tidak dinamakan itu berjaya diselamatkan tanpa mendedahkan lokasi tersebut.

Sebelum ini, ketua junta, Min Aung Hlaing, menyampaikan ucapan penuh hiba menerusi siaran televisyen, membayangkan nasib mangsa yang masih hilang semakin tipis untuk hidup.

“Peluang untuk mereka terus hidup adalah sangat tipis kerana sudah lebih 72 jam berlalu,” katanya.

Bagaimanapun, pasukan penyelamat tidak berputus asa meneruskan usaha pencarian, menurut Jabatan Bomba Myanmar.

Dengan beberapa kawasan terjejas gempa masih belum menerima kehadiran petugas bantuan, jumlah kecederaan dan kematian dijangka terus meningkat.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN