Dibuang keluarga, Delesha menanti keajaiban di Aidilfitri

Dibuang keluarga, Delesha menanti keajaiban di Aidilfitri

DELESHA Aisyah Abdullah menceritakan kisah hidupnya ketika ditemui dekat Pusat Jagaan Mahmudah Malaysia, Semenyih, di Hulu Langat, Selangor. - UTUSAN / MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Duka seorang cucu belum terubat apabila merindui neneknya yang tidak lagi dapat dihubungi selama 22 tahun selepas dia dihalau dari rumah kerana memilih memeluk Islam.

Penghuni Pusat Jagaan Mah­mudah, Delesha Aisyah Abdullah, 50, berkata, dia menanggung kesedihan cukup mendalam kepada nenek dan keluarganya terutama pada setiap kali menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Menurutnya, dia terpisah dari keluarga sejak 2007 selepas memilih untuk memeluk agama Islam sebelum meninggalkan kampung halaman di Sibu, Sarawak.

“Nenek saya tidak lagi me­ngaku saya cucunya selepas saya memilih untuk memeluk Islam. Ia berlaku kira-kira setahun kemudian apabila saya memberitahu keluarga terutama nenek, Ching Chiyein.

“Saya tidak menyangka menerima reaksi mengejutkan daripada keluarga dan mereka meminta saya memilih sama ada keluarga atau pilihan sendiri. Saya memilih Islam, namun selepas itu tidak lagi diakui sebagai ahli keluarga,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Tambah Delesha Aisyah, kerinduannya kepada keluar­ga semakin membuak-buak apabila diserang strok pada Januari tahun lalu sehingga terpaksa ditempatkan di pusat jagaan berkenaan kerana tiada ahli keluarga yang tinggal di sini.

“Sejak memeluk Islam, saya tinggal di Shah Alam dan belajar lebih mendalam tentang Islam, kemudian saya bekerja di sebuah kedai baju di Perak. Namun pada 1 Januari lalu saya diserang strok ketika berada di rumah sewa di Shah Alam.

“Kemudian saya dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk menerima rawatan. Dua ming­gu kemudian, ketika dibenarkan pulang, saya memberitahu tiada ahli keluarga tinggal di Lembah Klang, lantas saya ditempatkan di Pusat Jagaan Mahmudah,” kongsinya.

Sehingga kini, dia tinggal di pusat jagaan tersebut kerana tidak lagi dapat bekerja seperti dahulu.

Katanya lagi, rasa rindu terhadap neneknya tidak pernah pudar walaupun sudah lebih satu dekad tidak bertemunya.

“Saya tidak dapat menghubunginya kerana telefon saya yang ada nombornya hilang. Sejak diserang strok, saya sudah lupa banyak perkara. Jadi, memang saya tidak ingat nombor telefon nenek,” luah­nya.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya