Denmark tidak akan serah Greenland kepada AS

Denmark tidak akan serah Greenland kepada AS

PERDANA Menteri Denmark, Mette Frederiksen (tengah), pemangku ketua kerajaan Greenland, Mute Bourup Egede (kanan) dan ketua kerajaan yang baharu dipilih, Jens-Frederik Nielsen (kiri) mengadakan sidang akhbar di atas kapal Tentera Laut Denmark di Nuuk, Greenland, kelmarin.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

COPENHAGEN: Denmark tidak akan menyerahkan Greenland kepada Amerika Syarikat (AS) dan menolak sebarang cubaan untuk mengambil alih wilayah berdaulat.

Perdana Menteri Denmark, Mette Frederiksen menawarkan kerjasama lebih erat dalam aspek keselamatan sebagai respons kepada ancaman berulang daripada Presiden AS, Donald Trump.

“Anda tidak boleh menakluk negara lain,” katanya semasa lawatan rasmi ke Greenland, kelmarin.

Frederiksen berdiri bersama Perdana Menteri Greenland, Jens-Frederik Nielsen dan pendahulunya, Mute Agede, sebagai tanda sokongan serta perpaduan menghadapi ancaman dari AS.

Lawatan beliau selama tiga hari ke wilayah itu disusuli lawatan kontroversi minggu lalu oleh delegasi AS diketuai Naib Presiden, JD Vance, yang menerima kritikan meluas di Greenland dan Denmark.

Dalam lawatan singkat itu, Vance mengulangi hasrat Trump untuk membawa Greenland di bawah kawalan AS atas alasan keselamatan, selain mengkritik Denmark kerana tidak berbelanja dalam aspek keselamatan di rantau itu serta tidak berperanan baik untuk rakyat pulau Artik tersebut.

“Dengan tekanan yang diberikan oleh pihak Amerika terhadap Greenland, dari segi kedaulatan, sempadan dan masa depan, kita perlu kekal bersatu,” kata Frederiksen sebaik tiba di Greenland pada Rabu.

Beliau turut memaklumkan, Denmark sedang memperkukuh kehadiran tenteranya di Artik dan menawarkan kerjasama rapat dengan AS dalam mempertahankan rantau tersebut.

Trump pertama kali mencetuskan idea untuk membeli Greenland semasa penggal pertama beliau dan hasratnya untuk memiliki pulau itu semakin berkembang sejak kebelakangan ini.– BBC

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×