China guna AI pantau lombong bukan arang batu

China guna AI pantau lombong bukan arang batu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: China menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk memantau lombong bukan arang batu, yang pertama seumpamanya bagi meningkatkan keselamatan perlombongan, lapor China Daily.

Sistem yang diperkenalkan pada 12 Mac membuktikan keberkesanannya bulan lepas apabila berjaya mengesan kecemasan pada kedalaman 580 meter di bawah tanah dan mencetuskan amaran.

Sistem itu dibangunkan hasil integrasi model DeepSeek ke dalam rangka pemantauan oleh Hubei Lonmon Phosphorus Chemical Co., yang berpusat di wilayah Hubei, tengah China.

Timbalan Pengurus Besar, Dong Songwu berkata, jurutera syarikat mengumpul data dari lombong pada waktu siang dan memperhalusi algoritma AI di makmal pada belah malam.

“Mereka mengubah laporan kemalangan perlombongan selama tujuh dekad, pelbagai peraturan keselamatan kebangsaan dan industri, serta jutaan set data pemantauan menjadi sumber latihan yang berharga,” katanya.

Pada awal 2023, pasukan teknologi syarikat itu menguji beberapa model AI asing, tetapi mendapati ia tidak sesuai untuk mengurus keadaan geologi yang kompleks menyebabkan kegagalan berulang.

Satu kejayaan dicapai awal tahun ini dengan pengenalan model DeepSeek yang menawarkan pemahaman semantik canggih dan keupayaan pemprosesan multimodal, memberikan pasukan itu hala tuju baharu yang memberangsangkan.

Sistem itu secara automatik mengesan bahaya, memulakan tindakan pembetulan dan berkoordinasi dengan sistem lain untuk mengenalpasti pelanggaran serta mencetuskan amaran, sekali gus meningkatkan kecekapan dan keselamatan dengan ketara.- ANADOLU

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN