Air melimpah di bandar Kota Bharu sudah kering

Air melimpah di bandar Kota Bharu sudah kering

AIR yang melimpah ke beberapa kawasan di sekitar bandar Kota Bharu, Kelantan awal pagi tadi sudah kering sepenuhnya-IHSAN BOMBA.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Air yang melimpah ke beberapa kawasan di bandar ini awal padi tadi susulan hujan lebat berterusan dan masalah longkang tersumbat sudah kering sepenuhnya.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Farhan Sufyan Borhan berkata, maklumat tersebut hasil tinjauan yang dilakukan oleh pasukannya mendapati air yang melimpah di sekitar bandar ini sudah kering.

“Sejurus menerima maklumat yang dikongsikan oleh pengguna media sosial, kami (JBPM Kelantan) terus melakukan pemantauan.

“Setakat ini kami tidak menerima sebarang maklumat berkaitan dengan banjir di daerah-daerah lain di Kelantan. Bagaimanapun, kami (JBPM Kelantan) melakukan pemantauan berterusan susulan keadaan cuaca tidak menentu ketika ini,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Terdahulu, beberapa pengguna aplikasi tiktok yang memuat naik hantar berhubung air melimpah masuk ke kawasan bandar ini awal pagi tadi.

Sementara itu, seorang penduduk Razali Muhamad, 38, berkata, hujan lebat tanpa henti sejak awal pagi tadi menyebabkan beberapa kawasan rendah dan laluan di sekitar bandar ini dinaiki air dipercayai akibat longkang tersumbat.

“Alhamdulillah air sudah mulai surut. Jadi, saya harap pihak berkuasa tempatan (PBT) dapat mengambil langkah segera dengan memeriksa keadaan longkang di sekitar bandar ini.

“Langkah ini bertujuan menggelakan masalah itu kembali berulang. Situasi ini mengganggu kehidupan penduduk di sekitar bandar Kota Bharu,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya