27 terbunuh, sekolah terus jadi sasaran serangan Israel

27 terbunuh, sekolah terus jadi sasaran serangan Israel

DUA kanak-kanak Palestin yang cedera dalam operasi ketenteraan Israel di utara Gaza menerima rawatan di Hospital Arab Al-Ahli.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Sekurang-kurangnya 27 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara Israel menyasarkan sebuah sekolah di utara Gaza, yang berfungsi sebagai pusat perlindungan untuk penduduk hilang tempat tinggal.

Serangan ke atas Sekolah Dar al-Arqam di daerah Tuffah, timur laut Gaza, turut menyebabkan puluhan yang lain cedera parah, berdasarkan laporan sebuah hospital tempatan.

Tentera Pertahanan Israel (IDF) dalam kenyataan mendakwa, serangan itu menyasarkan ‘pengganas utama’ yang berada di pusat arahan dan kawalan Hamas, namun tidak menyebut sekolah terbabit sebagai sasaran.

Jurucakap Agensi Pertahanan Awam Gaza, Mahmoud Bassal berkata, wanita dan kanak-kanak termasuk antara mangsa yang terkorban.

Seorang wanita hamil anak kembar turut dilaporkan hilang bersama suaminya, adik perempuan serta tiga anak mereka.

Rakaman dari Hospital Al-Ahli menunjukkan kanak-kanak yang cedera teruk dihantar ke hospital dengan kereta dan trak oleh orang awam.

IDF dalam kenyataan lanjut berkata, pihaknya mengambil pelbagai langkah untuk mengurangkan kematian orang awam, sambil mendakwa lokasi yang diserang digunakan Hamas untuk merancang serangan terhadap orang awam dan tentera Israel.

Terdahulu, sekurang-kurangnya 12 lagi penduduk dilaporkan terbunuh selepas beberapa buah rumah di daerah Shejaiya, Gaza City, turut dibedil dalam serangan pada sebelah malam.

Sehingga kini, angka korban di Gaza telah melebihi 50,520 orang, menurut Kementerian Kesihatan.– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN