GAZA: Sekurang-kurangnya 27 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara Israel menyasarkan sebuah sekolah di utara Gaza, yang berfungsi sebagai pusat perlindungan untuk penduduk hilang tempat tinggal. Serangan ke atas Sekolah Dar al-Arqam di daerah Tuffah, timur laut Gaza, turut menyebabkan puluhan yang lain cedera parah, berdasarkan laporan sebuah hospital tempatan. Tentera Pertahanan Israel (IDF) dalam kenyataan mendakwa, serangan itu menyasarkan ‘pengganas utama’ yang berada di pusat arahan dan kawalan Hamas,…










