148 maut, bot terbakar dan terbalik di Sungai Congo

148 maut, bot terbakar dan terbalik di Sungai Congo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KINSHASA: Sekurang-kurangnya 148 maut selepas sebuah bot yang membawa bahan api terbakar dan terbalik di Republik Demokratik Congo.

Menurut laporan media, bot tersebut membawa sehingga 500 penumpang, termasuk wanita dan kanak-kanak, ketika terbalik di Sungai Congo yang terletak di wilayah barat laut negara itu pada Selasa.

Kejadian berlaku berhampiran Mbandaka, ibu negeri Equateur, di antara Sungai Ruki dan Sungai Congo – yang paling dalam di dunia.

Pemimpin masyarakat sivil tempatan, Joseph Lokondo berkata, kebanyakan mangsa ditemukan rentung dan lemas.

Beliau berkata, kebakaran itu berpunca daripada letupan bahan api yang tercetus akibat aktiviti memasak di atas bot.

“Seorang wanita menyalakan bara api untuk memasak. Bahan api yang berada tidak jauh dari situ meletup, menyebabkan ramai kanak-kanak dan wanita terbunuh,” katanya.

Sebagai negara besar di Afrika Tengah yang meliputi 2.3 juta kilometer persegi, Congo menghadapi kekurangan rangkaian jalan raya boleh digunakan, manakala perkhidmatan udara hanya sebilangan kecil bandar dan pekan.

Akibatnya, orang ramai terpaksa menggunakan laluan air di Sungai Congo – kedua terpanjang di Afrika selepas Sungai Nil – di mana insiden bot terbalik sering berlaku.

Ketiadaan senarai penumpang sering menyukarkan operasi mencari dan menyelamat.

Pada Oktober 2023, sekurang-kurangnya 47 maut selepas sebuah bot terbalik di Sungai Congo di wilayah Equateur.

Lebih 20 turut terkorban pada bulan sama apabila bot terbalik di Tasik Kivu di timur Congo, menurut pihak berkuasa tempatan.– AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN