Tindakan tegas terhadap penghina agama – PM

Tindakan tegas terhadap penghina agama – PM

ANWAR Ibrahim beramah mesra bersama jemaah ketika hadir menunaikan solat Jumaat di Masjid Teras Jernang, Kampung Teras Jernang, Bandar Baru Bangi, semalam. – UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGI: Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap sesiapa sahaja yang menghina aga­ma apatah lagi Malaysia yang hidup dalam pelbagai agama dan kaum.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Islam adalah agama Persekutuan dan semua pihak harus martabatkan selain menjaga keharmoniannya.

Katanya, beliau juga memberi amaran supaya jangan ada pihak gunakan isu agama sebagai senjata politik kerana ia akan membakar diri.

“Pimpinan mana-mana parti ataupun pimpinan masyarakat, janganlah tunggang isu ini untuk kepentingan peribadi.

“Kerana kalau kita teruskan, ia akan membawa, membakar dan musnahkan rakyat,” katanya ketika ditemui selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Teras Jernang, di sini semalam.

Anwar berkata, setiap isu ber­kaitan agama akan diselesaikan mengikut undang-undang.

Dalam masa yang sama, Perdana Menteri mengajak semua rakyat supaya menghormati bu­lan Ramadan yang mulia ini.

Sebelum ini, timbul beberapa isu dan ketegangan agama dilaporkan di dada akhbar termasuk kes membabitkan pe­nyampai radio dan beberapa kes serta kandungan tular me­ngenai penghinaan terhadap agama Islam.

Malah, sebelum ini juga, Anwar juga mengingatkan kepada rakyat supaya tidak mengambil kesempatan untuk membakar dan mengapi-apikan sentimen perkauman dan menanam bibit kebencian di negara ini.

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang sebelum ini memberi amaran keras kepada semua pihak agar tidak mengulangi perbuatan me­nyebarkan kenyataan berbentuk pro­vokasi, penghinaan dan mempersendakan agama di platform media sosial.

“Saya memohon Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) segera mengambil tindakan sewajar­nya terhadap individu yang terlibat dalam penyebaran kan­­dungan tidak bertanggungja­wab ini,” katanya.

Sementara itu, dalam per­kembangan lain, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, lelaki disyaki menghina agama Islam serta mengeluarkan kata-kata lucah melampau dalam satu video di akaun Facebook, ‘Vijayan Savarinathan’ dipercayai berada di luar negara.

Beliau mengesahkan bahawa individu terbabit dipercayai berada di luar negara, namun usaha sedang dijalankan untuk mengenal pasti lokasi tepat suspek.

Katanya, video tersebut di­mu­at naik pada 5 Mac lalu dan dipercayai telah dipa­dam selepas menerima kecaman hebat daripada orang ramai.matan jaringan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN