LILONGWE: Sekurang-kurangnya sembilan orang terbunuh akibat Taufan Tropika Jude di Mozambique dan Malawi, kata pegawai semalam.
Menurut Institut Pengurusan dan Pengurangan Risiko Bencana Negara (INGD) di Mozambique, taufan itu membunuh enam nyawa dan mencederakan 20 yang lain.
Bencana itu turut menyebabkan 9,525 orang kehilangan tempat tinggal di wilayah Nampula dan Niasa di utara daerah serta wilayah tengah Zambezia.
Di negara jiran Malawi, tiga orang dilaporkan terkorban, manakala 20,000 lagi kehilangan tempat tinggal di wilayah selatan negara itu, di mana taufan tersebut menyebabkan banjir besar.
Jurucakap Jabatan Hal Ehwal Pengurusan Bencana (DoDMA) di Malawi, Chiphiliro Khamula berkata, mereka yang kehilangan tempat tinggal kini berlindung di pusat pemindahan.
Taufan itu melanda utara Mozambique pada awal Ahad sebelum bergeral le selatan Malawi, menyebabkan banjir besar dari Isnin hingga Rabu.
Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) berkata, operasi bantuan terjejas akibat kekurangan akses ke jalan raya dan jambatan yang musnah akibat taufan.
Disember lalu, Taufan Chido melanda kedua-dua negara, mengorbankan 73 nyawa di Mozambique dan 13 di Malawi.- ANADOLU










