Saintis jumpa coronavirus baharu boleh jangkit manusia

Saintis jumpa coronavirus baharu boleh jangkit manusia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Sekumpulan saintis yang bekerjasama dengan China menemukan satu coronavirus baharu yang berpotensi menjangkiti manusia.

Penyelidik Brazil dan rakan sekerja dari Hong Kong mengesan satu strain dalam kelawar yang mempunyai kaitan rapat dengan MERS, virus yang membunuh kira-kira 35 peratus individu dijangkiti.

Protein spike virus, yang digunakan untuk mencetuskan jangkitan, menunjukkan ia berkemungkinan boleh menjangkiti sel manusia.

Virus itu kini sedang dieksport ke China bersama enam lagi virus lain yang ditemukan untuk diuji bagi menentukan sama ada ia boleh menjangkiti sel manusia.

MERS ialah penyakit pernafasan berjangkit yang boleh merebak daripada haiwan kepada manusia serta antara manusia.

Ketua penyelidik dari Universiti Sao Paulo, Dr. Bruna Silverio berkata ketika ini, virus itu tidak dapat dipastikan sama ada ia boleh menjangkiti manusia.

“Namun, kami mengesan bahagian protein spike virus (yang melekat pada sel mamalia), menunjukkan kemungkinan interaksi dengan reseptor yang digunakan oleh MERS-CoV,” katanya.

MERS boleh menyebabkan demam, batuk, sesak nafas, cirit-birit dan muntah, serta boleh membawa maut dalam kes yang teruk.

Setakat ini, tiada vaksin untuk virus tersebut. Dua pesakit di Amerika Syarikat (AS) disahkan positif MERS pada Mei 2014 selepas melakukan perjalanan dari Asia Barat.

Sehingga kini, virus itu menyebabkan 943 kematian di seluruh dunia, dengan 2,613 kes dilaporkan.

Dalam kajian awal, saintis mengambil lebih 400 sampel calitan mulut dan rektum dari 15 spesies kelawar di Brazil.

Virus tersebut ditemukan dalam kelawar ekor bebas berbulu halus dan kelawar pemakan buah besar, yang kedua-duanya hidup di AS dan Mexico.

Analisis mendedahkan bahawa tujuh strain coronavirus itu berbeza secara genetik daripada mana-mana patogen yang diketahui sebelum ini.

Ahli virologi, Dr. Ricardo Durães-Carvalho berkata, pemantauan itu membantu mengenal pasti virus yang beredar serta risiko penularannya kepada haiwan lain, malah kepada manusia.

Penemuan itu selepas tiga minggu saintis China mendedahkan mengenai satu lagi coronavirus yang berpotensi menjangkiti manusia.

Virus HKU5-CoV-2 sangat mirip dengan Covid-19, mencetuskan kebimbangan bahawa satu lagi pandemik mungkin berlaku.– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN