Ramadan: Pantau perbelanjaan jabatan, agensi kerajaan 

Ramadan: Pantau perbelanjaan jabatan, agensi kerajaan 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan khususnya Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) diminta memantau perbelanjaan setiap jabatan dan agensi kerajaan sempena bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya bagi mengelak pembaziran.

Pensyarah Fakulti Syariah dan Undang-Undang Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Prof. Madya Dr. Muzaffar Syah Mallow berkata, pemantauan itu bagi memastikan jabatan dan agensi kerajaan tidak berbelanja secara berlebihan.

Beliau berkata, ia juga bagi mengelak persepsi negatif dalam kalangan rakyat mengenai perbelanjaan jabatan dan agensi kerajaan di bulan mulia itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, perbelanjaan berlebihan boleh berlaku membabitkan bahan hiasan Ramadan dan Hari Raya di pejabat, penganjuran majlis berbuka puasa dan Hari Raya.

Tambahnya, perbelanjaan berlebihan itu juga tidak selaras dengan bulan Ramadan yang mendidik manusia supaya bersikap sederhana, jimat cermat dan tidak melampaui batas.

“Setiap Jabatan dan agensi kerajaan seharusnya sedar dan perlu berhati-hati terhadap tindakan yang diambil lebih-lebih lagi perkara yang melibatkan wang rakyat.

“Pihak JPA perlu memantau segala urusan dan arahan yang dikeluarkan bagi memastikan wang rakyat digunakan dengan untuk program dan aktiviti yang bermanfaat.

“Dengan merancang dan meneliti aktiviti dan program tahunan, perbelanjaan tahunan kerajaan dapat disalurkan dengan optimum kepada setiap jabatan kerajaan,” katanya dalam kenyataan.

Menurut Muzaffar, pemantauan perbelanjaan itu juga selaras dengan arahan bekas Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali melalui  Arahan kepada semua Ketua Setiausaha kementerian, ketua jabatan dan agensi kerajaan bertarikh 18 Oktober 2023.

Katanya, ia juga selaras dengan arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2024 pada 13 Oktober 2023 yang menyentuh aspek penjimatan dan pembaziran dalam sektor perkhidmatan awam.

“Duit rakyat harus dijaga dengan baik pada setiap masa. Tidak boleh ada sebarang kecuaian dan pembaziran dalam membelanjakan setiap sen duit rakyat,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN