Pendapatan cecah RM40,000, elaun RM25,700, PM nasihat Ahli Parlimen bijak urus kewangan

Pendapatan cecah RM40,000, elaun RM25,700, PM nasihat Ahli Parlimen bijak urus kewangan

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perdana Menteri membidas kenyataan sesetengah pihak terutamanya Ahli Parlimen sendiri yang mempertikaikan pendapatan mereka adalah sangat rendah sehingga terpaksa berhutang demi menjalani kehidupan seharian.

Memuatkan artikel berkaitan…

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, seorang Ahli Parlimen adalah layak untuk dibayar Elaun Tetap sebanyak RM25,700 sebulan.

Bahkan, katanya, mereka juga layak untuk menerima elaun serta tuntutan lain mengikut kelayakan yang telah ditetapkan.

“Apabila dicampurkan jumlah ini terdapat Ahli Parlimen yang menerima pendapatan mencecah RM30,000 hingga RM40,000 seperti yang saya maklumkan sebelum ini.

“Sekali lagi, saya ingin menasihatkan setiap Ahli Parlimen untuk bijak mengurus soal kewangan selain sentiasa memikir dan mengutamakan rakyat yang menerima pendapatan jauh lebih rendah daripada mereka,” katanya.

Berikut merupakan butiran elaun dan tuntutan rasmi yang boleh diperolehi oleh seseorang Ahli Parlimen:

Elaun dan Tuntutan Tugas Rasmi Dalam Negara

i. Elaun Hadir Persidangan RM400 sehari

ii. Elaun mesyuarat ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC)/Jawatankuasa Pilihan Khas RM300 sehari (semasa Parlimen tidak bersidang)

iii. Elaun mesyuarat Ahli PAC RM250 sehari (semasa Parlimen bersidang)

iv. Elaun mesyuarat RM300 sehari sekiranya hadir ke sesi taklimat rasmi

v. Elaun hidup harian RM100 sehari (elaun dibayar mengikut kehadiran ke Dewan atau perjalanan melebihi 32km bagi tugas rasmi selain urusan Dewan)

vi. Tuntutan Perjalanan (memandu sendiri, menggunakan pengangkutan awam dan udara); dan

vii. Tuntutan Penginapan (hotel, lojing dan dobi).

Elaun dan Tuntutan Tugas Rasmi Luar Negara

i. Elaun makan RM340 semalam

ii. Elaun hidup harian RM170 sehari

iii. Tuntutan Penginapan (Hotel dan dobi)

iv.Tuntutan Pengangkutan (pengangkutan darat dan udara)

v.Kerugian pertukaran mata wang asing; dan

vi.Tips 25 peratus daripada elaun makan. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini