Peluang OKU jana pendapatan dalam bidang kulinari

Peluang OKU jana pendapatan dalam bidang kulinari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kolej Komuniti Selayang (KKSY) dengan kerjasama Bahagian Pembangunan Sosioekonomi (BPSe) Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICUJPM) membuka peluang kepada Orang Kurang Upaya (OKU) untuk menyertai program perniagaan kulinari.

Program ini dianjurkan di bawah inisiatif program keusahawanan kulinari bagi Orang Kurang Upaya (Centre4PwD), dengan penyertaan ditanggung sepenuhnya.

Menurut kenyataan bersama Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Kementerian Pendidikan Tinggi  dan KKS, program dilaksanakan selama tiga bulan bermula April ini dan ia terhad untuk 15 peserta.

Katanya, objektif program untuk memberikan latihan, meningkatkan keupayaan daya saing usahawan dan membantu meningkatkan pendapatan golongan OKU.

“Program ini memberi peluang yang baik kepada peserta untuk mendapatkan kemahiran kulinari secara praktikal dan bimbingan yang khusus. Para peserta tidak perlu bimbang tentang kos penyertaan kerana ia akan ditanggung sepenuhnya,”katanya.

Tambahnya, program terbuka kepada mereka yang mempunyai minat dalam bidang kulinari, warganegara Malaysia, berumur 18 tahun ke atas, OKU kategori masalah pembelajaran, fizikal atau pendengaran serta pendapatan isi rumah tidak melebihi RM5,250.

Borang permohonan boleh dimuat turun melalui pautan https://bit.ly/BorangCEntre4PwD dan peserta yang hendak mendaftarkan diri boleh berdaftar di pautan https://bit.ly/DaftarCEntre4PwD.  Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi melalui nombor 03-61368200. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN