Pelanggan kencing dalam kuah hotpot, restoran bayar pampasan

Pelanggan kencing dalam kuah hotpot, restoran bayar pampasan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Gergasi hotpot China, Haidilao akan memberi pampasan kepada lebih 4,000 pelanggan yang mengunjungi salah satu cawangannya di Shanghai, selepas dua individu kencing ke dalam kuah hotpot mereka.

Sebuah video yang menunjukkan dua lelaki kencing ke dalam kuah hotpot mereka semasa menjamu selera di dalam bilik persendirian di restoran Haidilao, mula tersebar dalam pada akhir Februari lalu.

Syarikat itu berkata, insiden itu dilaporkan berlaku pada 24 Februari, tetapi pihaknya menyedari kejadian empat hari kemudian dan awalnya tidak dapat menentukan masa serta lokasi.

Ia menunjukkan bahawa kes tersebut mendedahkan kekurangan prosedur latihan, yang menyebabkan kakitangan gagal mengesan situasi dengan segera.

Haidilao mengesahkan lokasi kejadian di pusat bandar Shanghai pada 6 Mac.

“Kami memahami kesulitan yang ditimbulkan kepada pelanggan akibat kejadian ini tidak boleh dibayar pampasan sepenuhnya dengan apa cara sekalipun.

“Kami bersedia untuk melakukan yang terbaik bagi mengambil tanggungjawab,” kata syarikat itu dalam kenyataan, semalam.

Bagaimanapun, Haidilao tidak menyatakan jumlah perbelanjaan yang akan digunakan untuk pampasan.

Syarikat tersebut turut mengesahkan laporan polis yang dibuat di Jianyang, Sichuan, serta beberapa lokasi lain.

Susulan itu, polis Shanghai memaklumkan dua lelaki berusia 17 tahun kini ditahan untuk membantu siasatan.

Haidilao juga memfailkan permohonan saman sivil terhadap mereka pada 10 Mac lepas, kata syarikat itu.– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN